Cari:
Najib Mulakan Lawatan ke Singapura
2015-05-04 15:40:26 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Singapura bermula hari ini bagi menghadiri Permukiman ke-6 Pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura.

Semasa sesi permukiman itu, Najib dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, disusuli dengan mesyuarat perwakilan dengan kedua-dua pihak akan membincangkan pelbagai isu dua hala kepentingan bersama dan menyemak perkembangan kerjasama hubungan dua hala sedia ada, termasuk inisiatif yang dipersetujui semasa sesi Permukiman Pemimpin-pemimpin 2014.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Memorandum Persefahaman antara Malaysia dengan Singapura mengenai Kerjasama dalam Pembangunan Keupayaan dalam Pencarian dan Penyelamatan Urban dan Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian antara Malaysia dengan Singapura Mengenai Pembinaan dan Operasi Terminal Feri dan Perkhidmatan Feri antara Semenanjung Malaysia dengan Singapura akan ditandatangani pada sesi permukiman tersebut.

Najib juga dijadualkan menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam tahunan Persatuan Ekonomi Singapura (ESS) esok.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China