Cari:
Malaysia Sambut Baik Penglibatan ADB dengan Negara Pendapatan Sederhana
2015-05-05 14:49:12 CRI Cetak

Malaysia menyambut baik usaha penglibatan Bank Pembangunan Asia (ADB) dengan negara-negara pendapatan sederhana berikutan cabaran yang dihadapi setiap negara adalah unik.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Lembaga Gabenor ADB ke-48 di Azerbaijan semalam berkata, negara pendapatan sederhana terdedah kepada kejutan serantau dan global, agenda tadbir urus yang belum selesai, jurang produktiviti dan infrastruktur, penuaan penduduk dan isu perubahan iklim.

Dengan cabaran ini, beliau gembira mendengar ADB memberikan perhatian kepada gesaan untuk meningkatkan penglibatan dengan negara-negara pendapatan sederhana melalui pelaksanaan satu laporan baharu berhubung dengan model kerjasama baharu.

Ahmad Husni berkata, beliau ingin melihat ADB meningkatkan penglibatannya dengan negara-negara berkenaan dengan memberikan tumpuan ke arah memperkukuh sistem kewangan dan penyampaian perkhidmatan awam, meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing dengan membangunkan sektor swasta serta ketaksamaan pendapatan dengan menyediakan sokongan yang lebih besar kepada pembangunan kawasan luar bandar.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China