Cari:
Muhyiddin Rasmikan Pavilion Malaysia di Ekspo Milano
2015-05-07 13:56:43 CRI Cetak

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan kerja tiga hari ke Itali hari ini bagi mengetengahkan pembangunan dicapai Malaysia, sekali gus menarik pelaburan asing.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Rome, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, Muhyiddin dijadualkan merasmikan Pavilion Malaysia di Ekspo Milano 2015 dan bakal mengadakan pertemuan dengan 30 ketua industri Itali pada Jumaat nanti.

Malaysia adalah antara 148 negara yang menyertai ekspo dunia selama enam bulan, dengan matlamat mempromosikan keselamatan dan teknologi makanan.

Dengan tema sendiri "Ke Arah Ekosistem Makanan Mampan", Malaysia berhasrat untuk menonjolkan kemajuannya daripada negara berasaskan pertanian kepada negara maju menjelang 2020.

Pavilion Malaysia dengan keluasan 2,047 meter persegi cukup mengagumkan kerana reka bentuknya berupa empat bijian menggunakan teknologi Malaysia, iaitu kayu bersalut glu atau glu lam. Pavilion itu dijangka menarik 1.8 juta pengunjung.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China