Cari:
Pavilion Malaysia Jadi Tarikan di Ekspo Milano
2015-05-08 12:12:03 CRI Cetak

Pavilion Malaysia di Ekspo Milano 2015 telah berjaya menarik seramai 18,451 pelawat, walaupun baru sahaja dibuka lima hari lalu di Itali.

Pavilion itu yang diiktiraf sebagai ketiga terbaik dari segi reka bentuk dalam kalangan 145 negara dan tiga badan antarabangsa yang menyertai ekspo berprestij itu mendapat maklum balas positif daripada pelawat yang sanggup beratur panjang untuk melihat sendiri produk-produk yang ditawarkan oleh negara itu.

Pavilion tersebut yang menampilkan reka bentuk unik, iaitu satu-satunya ruang pameran yang boleh dilihat dari arah 360 darjah dan buat pertama kalinya menggunakan glu lam, iaitu binaan daripada kayu tropika keruing yang dibawa khas dari Johor.

Dimaklumkan, banyak produk tempatan dari Malaysia diperkenalkan dan diberikan pencerahan pada ekspo ini antaranya minyak kelapa sawit.

(sumber diubah suai daripada Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China