Cari:
Pemulihan Ekonomi EU Perkukuh Perdagangan Malaysia-EU
2015-05-08 14:57:19 CRI Cetak

Pemulihan ekonomi Kesatuan Eropah (EU) telah mengukuhkan lagi perdagangan Malaysia-EU.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dr Wong Lai Sum berkata, perdagangan antara kedua-duanya dijangka terus berkembang pada tahun ini selepas mencatat pertumbuhan 6.2 peratus tahun lepas.

Menurut beliau, perdagangan Malaysia-EU berjumlah RM143.98 bilion tahun lepas, meningkat RM8.9 bilion.

Pemulihan ekonomi sejak dua tahun lepas telah merancakkan aktiviti import dan pembuatan di Eropah. Malaysia akan memberikan tumpuan pada cip, memasang siap cip, elektronik, semikonduktor dan oleokimia untuk menghasilkan produk perubatan dan kosmetik dalam usaha mengembangkan eksport ke Eropah.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China