Cari:
Thailand Mahu Mesyuarat Tiga Hala
2015-05-09 15:39:00 CRI Cetak

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha akan memanggil satu mesyuarat tiga hala bersama Malaysia dan Myanmar untuk menyelesaikan krisis pemerdagangan manusia serantau, berikutan penemuan sebuah kubur besar di selatan negara itu baru-baru ini.

Sebanyak 33 mayat dipercayai pendatang asing dari Myanmar dan Bangladesh ditemui dalam satu kubur besar di wilayah Songkhla, berhampiran sempadan Malaysia, sejak minggu lalu berdekatan tiga buah kem dipercayai digunakan untuk aktiviti pemerdagangan manusia.

Prayuth berkata, beliau mengarahkan Kementerian Luar untuk menghubungi pihak Malaysia dan Myanmar bagi mengadakan mesyuarat tiga hala pada penghujung bulan ini untuk menyelesaikan krisis tersebut.

Namun, Kementerian Luar Malaysia enggan mengulas perkara itu, manakala pegawai Myanmar gagal dihubungi.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China