Cari:
Chong Wei Jadi Tumpuan pada Piala Sudirman
2015-05-10 14:07:22 CRI Cetak

Pasukan badminton negara Malaysia akan menjadi perhatian pada Kejohanan Piala Sudirman di Dongguan, China, bermula semalam, berikutan kehadiran semula Datuk Lee Chong Wei selepas penggantungannya selama lapan bulan.

Biarpun menghadapi laluan sukar dalam kejohanan berpasukan campuran itu namun gaya persembahan dan kekuatan mental Chong Wei akan menarik perhatian apabila membuka langkah dengan menentang juara hatrik, Republik Korea, hari ini.

Piala Sudirman merupakan kejohanan pertama Chong Wei selepas menjalani hukuman penggantungan atas kesalahan doping pada Ogos tahun lepas.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yakin dengan tahap kecergasan Chong Wei selepas pemain itu tidak berhenti daripada meneruskan latihan dalam tempoh penggantungan.

(sumber dari http://www.astroawani.com/berita-sukan/chong-wei-jadi-tumpuan-pada-piala-sudirman-59603)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China