Cari:
Ketua Turus Tentera Filipina Mendarat Pulau Zhongye China
2015-05-12 14:09:46 CRI Cetak

Ketua Turus Angkatan Bersenjata Filipina, Gregorio Pio Catapang yang mengetuai sekumpulan media asing mendarat di Pulau Zhongye, Kepulauan Nansha China yang diduduki oleh negara itu secara haram semalam.

Mereka tiba di Pulau Zhongye dengan menaiki pesawat tentera C130. Menurut Gregorio Pio Catapang, lawatan itu bertujuan untuk membuktikan Pulau Zhongye adalah "wilayah" Filipina.

Sebelum ini, Kementerian Luar China kerap kali menyatakan bahawa "tindakan yang menyalahi undang-undang tidak akan memperoleh hak dan kuasa yang sah". China tidak mengiktiraf "keadaan semasa" berikutan beberapa terumbu karang di Kepulauan Nansha diduduki oleh Filipina secara haram dan menentang tindakan Filipina melaksanakan pembinaan haram di pulau-pulau tersebut.

China menggesa Filipina menghentikan semua kegiatan haram dan mengundurkan staf dan kemudahan dari tempat tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China