Cari:
Pendidikan Bertaraf Dunia Sasaran Malaysia
2015-05-13 12:54:56 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, adalah penting bagi generasi muda untuk mendapat pendidikan bertaraf dunia yang akan membolehkan Malaysia terus berdaya saing dan mencapai kejayaan.

Menurut beliau, pendidikan menjadi kunci masa depan negara dan oleh sebab itu kerajaan telah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Demikian dinyatakan Najib dalam ucapan penutupan Dekatlon Akademik Kebangsaan (NAD) 2015 di Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing semalam.

Beliau berkata, generasi muda akan menjadi pemimpin masa depan. Malaysia telah berusaha tanpa mengira waktu ke arah memastikan Malaysia mencapai taraf negara berpendapatan tinggi pada 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China