Cari:
Harga Tiket Kereta Api Laju Singapura-KL Tidak Melebihi RM400
2015-05-13 14:23:06 CRI Cetak

Menurut Lianhezaobao Singapura, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Malaysia, Mohd Nur Ismail Mohamed Kamal menyatakan bahawa harga tiket ulang-alik kereta api laju Singapura-KL tidak akan melebihi RM400 supaya tidak membebankan pengguna.

Namun, jurucakap Kementerian Pengangkutan Singapura pula berkata, pihaknya masih belum membincangkan harga tiket tersebut dengan Malaysia.

Menurut unjuran pihak berkuasa Singapura, harga tiket kereta api laju tersebut akan ditetapkan di antara SGD 80-90 (kira-kira RM215-242).

Kereta api laju Singapura-KL sepanjang 350 kilometer dapat memendekkan masa perjalanan daripada lima jam sebelumnya kepada 90 minit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China