Cari:
BNM Perkenalkan Teknologi Kesan Dakwat Tangani Kes Kecurian di ATM
2015-05-14 11:37:00 CRI Cetak

Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), memperkenalkan teknologi "kesan dakwat" bagi menangani kes kecurian yang membabitkan mesin juruwang automatik (ATM) Isnin lalu.

Teknologi yang dibangunkan itu akan mengeluarkan dakwat yang tidak dapat dipadamkan dan mengotorkan wang kertas di semua sudut, sekiranya berlaku percubaan untuk membega mesin ATM.

Timbalan Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata demikian dalam ucapan pelancaran aplikasi telefon pintar "My Ringgit" di Kuala Lumpur Isnin lalu.

Beliau menjelaskan, wang kertas yang tercemar itu tidak boleh dicuci dan perlu dipulangkan kepada bank pusat untuk penggantian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China