Cari:
ASEAN Bincang Pembanterasan Keganasan dan Jenayah Rentas Sempadan
2015-05-15 13:25:18 CRI Cetak

Mesyuarat Pembanterasan Keganasan dan Jenayah Rentas Sempadan diadakan di Nanning, China pada 14 dan 15 Mei. Perwakilan dari 17 negara anggota Forum Rantau ASEAN, Sekretariat ASEAN dan PBB mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai topik antikeganasan, antidadah, memburu penjenayah yang lari ke luar negara, membanteras jenayah siber, dan pengawalan sempadan. Draf Rancangan Kerja Pembanterasan Keganasan dan Jenayah Rentas Sempadan 2015-2016 turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Para perwakilan berpendapat pelbagai negara perlu mementingkan kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang, menambah baik mekanisme yang sedia ada, dan membanteras jenayah rentas sempadan demi menggalakkan kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China