Cari:
11 Warga Filipina Ditahan Langgar Perintah Berkurung Esscom
2015-05-17 15:37:10 CRI Cetak

Anggota keselamatan Malaysia menahan 11 warga Filipina kerana melanggar syarat perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), awal pagi semalam.

Demikian dikatakan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, 11 warga Filipina itu termasuk seorang bayi diselamatkan anggota peronda keselamatan Pegawai Gerakan Am (PGA) selepas bot dinaiki mereka karam selepas melanggar bot PGA ketika cuba melarikan diri di kawasan antara laut Pulau Berhala dan Tanjung Pasir.

Seorang lagi rakan mereka ditemukan mati lemas dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu.

Katanya, sebelum itu anggota PGA yang sedang menjalankan rondaan jarak jauh khas Tiger Platun, ternampak bot yang dinaiki mereka sedang menghala ke Sandakan dari Pulau Taganak. Polis turut merampas bot itu dan semua yang ditahan akan didakwa kerana melanggar perintah berkurung.

--sumber dari Bernama

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China