Cari:
Yingluck Dibicarakan Esok
2015-05-18 11:32:04 CRI Cetak

Mantan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra akan dibicarakan esok atas tuduhan kecuaian berkaitan skim subsidi beras. Jika didapati bersalah, Yingluck boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun.

Pihak pendakwa raya Thailand pada bulan Januari lalu mengemukakan tuduhan jenayah terhadap Yingluck selepas mendapati bukti yang menunjukkan beliau salah urus skim subsidi beras.

Dewan Undangan yang dilantik oleh kerajaan junta juga memutuskan untuk mendakwa Yingluck, yang bermakna Yingluck akan dilarang menyertai politik dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Sehubungan dengan itu, Yingluck menafikan bersalah dan mendakwa tuduhan berkenaan mempunyai motif politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China