Cari:
Malaysia, Indonesia Setuju Beri Perlindungan Sementara kepada Rohingya
2015-05-21 10:57:51 CRI Cetak

Malaysia dan Indonesia bersetuju terus memberikan bantuan kemanusiaan kepada 7,000 pelarian yang masih terkandas di tengah lautan.

Persetujuan tersebut dicapai dalam pertemuan antara menteri luar Malaysia, Indonesia dan Thailand yang diadakan di Puterajaya semalam bagi membincangan isu pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk memberikan perlindungan sementara bagi proses penempatan semula dan penghantaran balik pendatang asing terbabit dalam tempoh setahun.

Ketiga-tiga negara mengecam keras kegaitan pemerdagangan manusia, sambil menggesa supaya masalah sebenar dan faktor penyumbang kepada kebanjiran secara besar-besaran pelarian terbabit dikenal pasti segera dan diselesaikan oleh pihak berkenaan.

Difahamkan, Thailand tidak da­pat menyediakan perlindungan sementara untuk pelarian tersebut kerana kekangan undang-undang tempatan di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China