Cari:
Latihan Menyelamat Bencana China-Malaysia di Pulau Pinang
2015-05-25 13:34:46 CRI Cetak

Selepas berlayar selama lima hari, kapal perang Jinggangshan milik Tentera Laut China, telah tiba di pelabuhan Pulau Pinang, Malaysia semalam untuk mengambil bahagian dalam latihan menyelamat bencana ke-4 di bawah Forum Rantau ASEAN.

Latihan yang dianjurkan bersama-sama oleh China dan Malaysia ini akan dijalankan di kawasan perairan sebelah barat daya negeri Kedah Malaysia pada 25 hingga 28 Mei. Latihan ini dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu ketibaan, penetapan rancangan, latihan maritim dan kesimpulan. Kapal Jinggangshan akan melibatkan diri dalam latihan menyelamat mangsa dan kapal yang berada dalam situasi bahaya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China