Cari:
Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan APEC Berakhir di Filipina
2015-05-25 13:37:11 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Asia-Pasifik (APEC) ke-21 berakhir di Boracay, Filipina semalam dengan mengeluarkan kenyataan pengerusi yang menegaskan akan menggalakkan kebebasan dan kemudahan perdagangan dan pelaburan.

Dalam mesyuarat yang diadakan pada 23 dan 24 Mei itu, para perwakilan telah mengadakan perbincangan mengenai sokongan terhadap sistem perdagangan pelbagai hala, usaha mempertingkatkan integrasi ekonomi serantau dan akses perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pasaran global serta mengeluarkan kenyataan Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan APEC, kenyataan "Menteri-Menteri Perdagangan APEC mengenai sokongan terhadap Sistem Perdagangan Pelbagai Hala" dan "Pelan Tindakan Boracay untuk Meningkatkan Akses Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Pasaran Global".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China