Cari:
Jokowi Arahkan Cari dan Selamat Kapal Hanyut
2015-05-25 13:44:12 CRI Cetak

Jurucakap Tentera Indonesia, Fuad Basya semalam berkata, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah mengarahkan operasi mencari dan menyelamat kapal hanyut sama ada di perairan Indonesia mahupun di perairan antarabangsa.

Sebanyak empat kapal tentera laut, dua buah pontun dan sebuah pesawat peninjau yang dimiliki Tentera Laut Indonesia telah dikerah dalam operasi mencari yang bermula sejak 22 Mei lalu. Jokowi ketika mengulas mengenai krisis kapal hanyut kelmarin menyatakan bahawa menerima dan menempatkan penumpang kapal hanyut adalah cara penyelesaian yang baik dan turut memperlihatkan semangat kemanusiaan negara-negara Asia Tenggara.

Namun, laman web Indonesia, Detikcom memetik kenyataan Jokowi kelmarin menyiarkan bahawa Indonesia mungkin tidak mampu menanggung kos bagi menempatkan beribu-ribu penumpang kapal hanyut tersebut.

Selain itu, jurucakap Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho menyatakan bahawa pihaknya akan menghantar balik 720 orang pendatang Bangladesh tanpa izin bermula minggu ini. Kos tersebut akan ditanggung oleh Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa Imigrasi (ICEM). Bagi pendatang etnik Rohingya, Indonesia akan membantu menempatkan mereka buat sementara waktu, selain memberikan jaminan sosial, keperluan asas dan perkhidmatan perubatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China