Cari:
Pengesahan Malaysia Berhubung dengan Penemuan Kubur-kubur Pelarian Rohingya
2015-05-25 14:56:41 CRI Cetak

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan semalam bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya Datuk Noor Rashid Ibrahim telah pergi ke kawasan sempadan Malaysia-Thailand untuk meninjau kes berhubung dengan penemuan kubur-kubur pelarian Rohingya berdekatan dengan 17 khemah yang dipercayai digunakan untuk menempatkan pelarian di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditanya sama ada warga Malaysia terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia dan sudah ditangkap, Ahmad Zahid Hamidi berkata badan penguatkuasa daripada Jabatan Imigresen telah memulakan siasatan dan mengumpulkan maklumat daripada pelarian dan ejen yang terlibat. Menurut beliau, hasil siasatan peringkat awal pihak polis menunjukkan bahawa ejen-ejen daripada Myanmar atau Bangladesh banyak terlibat dalam kes tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China