Cari:
Wang Yong Adakan Lawatan ke Malaysia
2015-05-26 17:07:59 CRI Cetak

Anggota Dewan Negara China, Wang Yong bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri majlis perasmian Latihan Penyelamatan Bencana ke-4 Forum Serantau ASEAN (ARF) di Alor Setar, Kedah semalam.

Wang Yong dalam majlis perasmian tersebut menyanjung tinggi usaha ARF yang menggalakkan kerjasama dalam penyelamatan bencana serantau. Beliau menyatakan bahawa kerajaan memberikan perhatian kepada kerjasama pencegahan dan penyelamatan bencana serantau dan menyokong ASEAN memainkan peranan penting dalam kerjasama keselamatan serantau. China bersedia untuk mendukung konsep keselamatan Asia yang bersifat bersama, komprehensif, bekerjasama dan konsisten, dan bersama-sama dengan ASEAN membina mekanisme kerjasama penyelamatan bencana yang memenuhi keperluan rantau ini.

Dalam tempoh latihan tersebut, Wang Yong juga berkunjung ke Perlis untuk melihat latihan yang dijalankan di sana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China