Cari:
Naib Ketua Turus Agung PLA China Hadiri Dialog Shangri-La
2015-05-27 13:35:46 CRI Cetak

Naib Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat(PLA) China, Sun Jianguo akan mengetuai delegasi China untuk menyertai Dialog Shangri-La (SLD) yang akan diadakan di Singapura pada 29 hingga 31 Mei. Kenyataan tersebut diumumkan jurucakap Kementerian Pertahanan Negara China, Yang Yujun dalam sidang media Jabatan Dewan Negara China semalam.

Menurut Yang Yujun, dalam tempoh SLD, Sun Jianguo akan membentangkan dasar luar dan pertahanan negara China, memperkenalkan kerjasama tentera China dalam bidang keselamatan antarabangsa dan penyediaan produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa.

Selain itu, beliau akan menyampaikan anjuran untuk mempertingkatkan dialog dan kerjasama antara pasukan tentera pelbagai negara untuk bersama-sama memelihara keselamatan rantau Asia Pasifik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China