Cari:
Polis Thailand Banteras Pemandu Pelancong Haram
2015-05-27 14:36:49 CRI Cetak

Demi memelihara imej negara, hak dan kepentingan pelancong asing, baru-baru ini, polis Thailand melancarkan operasi memburu pemandu pelancong haram di depan pintu gerbang Grang Palace, destinasi pelancongan terkenal di Bangkok.

Pihak polis memaklumkan bahawa setakat ini mereka telah menangkap lebih 20 orang pemandu pelancong haram dan operasi seumpama itu akan diteruskan pada masa depan demi membasmi penipuan terhadap pelancong asing yang menjejaskan reputasi negara dan industri pelancongan.

Antara kesalahan mereka yang ditangkap termasuklah membawa pelancong asing melawat ke kuil lain dengan menipu mereka Grang Palace tidak dibuka kepada pelancong asing pada waktu tengah hari. Selain itu, mereka juga membawa pelancong asing ke kedai yang menjual cenderamata dengan harga yang lebih mahal atau membawa mereka menaiki kapal dengan bayaran yang tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China