Cari:
Malaysia Keluarkan Rancangan Malaysia ke-11
2015-05-27 17:25:15 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kadar peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negaranya purata tahunan dijangka mencatat 5 peratus hingga 6 peratus pada tahun 2016 hingga 2020. Dalam tempoh yang sama, kadar peningkatan pendapatan rakyat purata tahunan dijangka mencatat 7.9 peratus.

Pada minggu lalu, Malaysia mengumumkan rancangan lima tahun yang melibatkan USD 2 bilion (kira-kira lebih 7 bilion ringgit) bagi menggerakkan ekonomi negara. Menurut Najib, berdasarkan rancangan tersebut, 1.5 juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam bidang tenaga nuklear, telekomunikasi dan infrastruktur akan ditawarkan.

Malaysia berkemungkinan akan menjadi negara maju dan peneraju utama bagi menjana aktiviti ekonomi negara-negara Asia Tenggara. Pendapatan tahunan per kapita di negara itu akan meningkat daripada USD 10,796 (kira-kira lebih RM42 ribu) pada tahun 2014 kepada USD 15,690 (kira-kira lebih RM57 ribu).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China