Cari:
Kapal Perang China Sertai Latihan Bantuan Bencana ASEAN
2015-05-28 14:15:55 CRI Cetak

Sebanyak lebih 20 kapal perang, beberapa helikopter dan pasukan penyelamat dalam air China, Malaysia, Indonesia dan Thailand telah menyertai Latihan Bantuan Bencana ke-4 Forum Rantau ASEAN di kawasan perairan bahagian tenggara Pulau Pinang Malaysia semalam. Para peserta bekerjasama dengan erat dalam sesi latihan tersebut dan berusaha meningkatkan keupayaan bersama untuk menghadapi bencana di laut yang tidak dijangka.

Dalam latihan tersebut, tentera laut pelbagai negara telah menubuhkan markas bersama dan membahagikan kawasan perairan kepada tujuh bahagian. Kapal Perang Jinggangshan China bertugas dalam operasi menyelamat di kawasan ketujuh. Kapal Jinggangshan ditempatkan pusat perubatan dan rawatan, di samping memuatkan dua helikopter dan pasukan perubatan.

Komander Tentera Laut China yang menyertai latihan tersebut, Zeng Shenghai berkata, tindakan untuk mengatasi bencana di laut memerlukan kerjasama dan koordinasi daripada pelbagai negara.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China