Cari:
RCEP Dijangka Dimuktamadkan Hujung Tahun Ini
2015-05-29 14:59:10 CRI Cetak

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan mewujudkan sebuah blok ekonomi terbesar di dunia dengan populasi penduduk melebihi tiga bilion, iaitu hampir 45 peratus populasi global, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menghampiri USD 17 trilion (RM 61.87 trilion), apabila perjanjian RCEP antara negara ASEAN dengan rakan dagang lain, antaranya China, Jepun, Republik Korea, Australia, New Zealand dan India dimuktamadkan penghujung tahun ini.

Muhyiddin ketika berucap merasmikan Pameran dan Persidangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ASEAN di Kuala Lumpur, Selasa lalu, menyatakan bahawa usahawan-usahawan PKS daripada negara ASEAN pastinya akan mendapat manfaat daripada perjanjian kerjasama itu.

Xu Liping, seorang pengkaji isu Asia Tenggara dari Akademi Sains dan Sosial China berpendapat, pertumbuhan pasaran pengguna dan rangkaian pengeluaran semakin bercambah di Asia, terutamanya rantau ASEAN. Jika rundingan RCEP itu dapat dimuktamadkan hujung tahun ini, kerjasama tersebut akan menjadi penggerak utama dalam merangsang pertumbuhan ekonomi global.

Xu berkata, PKS merupakan entiti perniagaan utama di kebanyakan negara ASEAN, sepertimana di dua entiti ekonomi besar RCEP, iaitu China dan India. Bagaimana memperkasakan kerjasama antara PKS di bawah rangka RCEP atau membolehkan perusahaan berkenaan memperoleh lebih banyak peluang telah menjadi perhatian umum.

Selaku jiran terbesar ASEAN, China pastinya akan mendapat manfaat daripada perjanjian RCEP itu. Xu menjelaskan, hubungan perdagangan dan pelaburan yang terjalin antara negara ASEAN dengan China boleh dikatakan amat rapat. Semua anggota RCEP adalah jiran China. Kerjasama kedua-dua pihak akan memacu pertumbuhan ekonomi kuasa terbesar di Asia ini. Selain itu, kemuktamadan RCEP bukan sahaja bermanfaat bagi kedamaian dan kestabilan serantau, malah memainkan peranan positif kepada pembangunan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China