Cari:
6,000 Bakal Hilang Pekerjaan Selepas Penstrukturan Semula MAS
2015-05-29 13:37:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Christoph Mueller semalam berkata, MAS akan mengeluarkan surat pemecatan kepada semua kakitangan syarikatnya pada 1 Jun depan. Selain itu, MAS masih mengekalkan 14 ribu staf daripada 20 ribu orang staf syarikat tersebut dan akan mempelawa mereka menganggotai MAS selepas penstrukturan semula.

Christoph Mueller ketika diwawancara akhbar The Star Malaysia berkata, MAS hanya dapat mengisi 14 ribu jawatan selepas penstrukturan semula. Tugas untuk menghilangkan perasaan sangsi kakitangan yang dipecat adalah tugas MAS yang paling penting pada ketika ini.

Menurut beliau, kerja penstrukturan semula MAS pada kali ini mungkin memerlukan tempoh masa selama tiga tahun untuk diselesaikan.

Dimaklumkan, MAS yang baharu akan mula beroperasi secara rasmi pada 1 September depan. Syarikat MAS yang baharu akan mengurangkan penerbangan yang jauh ke negara barat dan lebih memfokuskan laluan penerbangan sederhana di rantau Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China