Cari:
Malaysia Kutuk Semua Bentuk Keganasan dan Fahaman Ekstremisme
2015-05-29 14:31:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Malaysia mengutuk segala tindakan keganasan dan fahaman ekstremisme oleh mana-mana kumpulan yang menggunakan Islam untuk menjustifikasikan kekejaman mereka.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata demikian pada sesi ke-42 Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (IFCM) di Kuwait baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab oleh kumpulan tertentu telah merosakkan imej sebenar Islam. Malaysia percaya bahawa konsep kesederhanaan yang menekankan toleransi, persefahaman, saling menghormati, dialog dan terangkum merupakan kunci bagi menangani masalah tersebut. Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) adalah berdasarkan kesederhanaan sebagai nilai teras dan satu cara untuk meredakan ketegangan.

Anifah juga berkata Malaysia turut mengesahkan sokongannya terhadap penyelesaian secara aman konflik Palestin dan Israel secara menyeluruh dan berkekalan.

(sumber daripada Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China