Cari:
Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 Dirasmikan Sabtu
2015-05-29 09:37:51 CRI Cetak

Festival Floria Diraja Putrajaya 2015, landasan terbaik mempertingkat sektor pelancongan di pusat pentadbiran Malaysia.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, lebih 400,000 pokok pelbagai spesies akan dipamerkan. Ia disasar dapat menarik lebih ramai pengunjung memandangkan penganjurannya berlangsung ketika musim cuti sekolah. Menurut Tan Sri Dr Aseh lagi, festival kali ke-8 itu dijadual bermula Sabtu ini, dan berterusan hingga 7 Jun.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian festival berkenaan. Orang ramai bukan sahaja berpeluang menyaksikan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, malah berpeluang menyaksikan taman salji, menerusi penyertaan 50 negara. Bagi menampung kehadiran pelancong di Putrajaya pada masa hadapan, tiga lagi hotel kini sedang dibina, sebagai tambahan kepada empat hotel sedia.

--RTM

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China