Cari:
Perdana Menteri Thailand Bakal Hadiri CAEXPO ke-12
2015-05-30 14:32:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha amat memberi keutamaan terhadap keadaan persiapan yang dilakukan oleh pihak Thailand sebagai Negara Kehormat dalam Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-12 yang bakal diadakan di Nanning, Guangxi China pada bulan September depan. Beliau akan menghadiri CAEXPO kali ini. Ketua Konsul pejabat Konsul Jeneral Thailand ke Nanning, Patchanee Kithavorn berkata demikian semalam.

Tahun ini ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik antara China dengan Thailand. Patchanee Kithavorn berkata, aktiviti akan diadakan secara meriah oleh Thailand sebagai Negara Kehormat.

Menurut beliau, syarikat-syarikat kecil dan sederhana Thailand akan mempromosi pelbagai produk Thailand yang bersesuaian dengan pasaran China dalam CAEXPO kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China