Cari:
ASEAN Lengkapkan Latihan Mengenai Peraturan Tempasal
2015-05-30 16:42:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Latihan dalam negara anjuran Jabatan Kastam Thailand di Bangkok dari 27 hingga 29 Mei melengkapkan siri aktiviti pembangunan keupayaan mengenai Peraturan Tempasal (ROO) untuk ASEAN, dengan tumpuan kepada Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA).

Aktiviti itu termasuk pembangunan dan penterjemahan modul latihan kepada bahasa kebangsaan negara ASEAN serta latihan untuk jurulatih di peringkat rantau dan negara di Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Kesemua aktiviti itu adalah untuk meningkatkan keupayaan pegawai ASEAN mengenai ROO bagi memudahkan pelaksanaan komitmen FTA negara masing-masing.

Kira-kira 50 pegawai dari negara ASEAN menyertai latihan serantau dan jurulatih ROO bertauliah kemudian melaksanakan latihan itu di peringkat negara.

(sumber daripada Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China