Cari:
Pameran Kebudayaan Ekspo China-ASEAN 2015 di Nanning
2015-05-30 14:52:34 CRI Cetak

Pameran Kebudayaan Ekspo China-ASEAN(CAEXPO) 2015 dirasmikan di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China semalam. Dalam tempoh pameran yang berlangsung selama tiga hari, jabatan kebudayaan dari China dan 10 buah negara ASEAN masing-masing akan mempamerkan karya kebudayaan yang terbaik dan istimewa negara sendiri. Pameran kali ini akan memfokuskan kepada budaya laluan sutera maritim.

Sebagai Negara Kehormat dalam CAEXPO ke-12 nanti, Thailand akan menghantar delegasi yang terdiri daripada wakil dari sembilan buah provinsi dan beberapa universiti untuk menyertai pameran kali ini, dan akan mengadakan siri aktiviti termasuk "Pesta Thailand yang Mempesona" dan aktiviti merayakan ulang tahun ke-40 penjalinan hubungan diplomatik China-Thailand.

Kerjasama dalam bidang penerbitan buku diutamakan dalam kerjasama kebudayaan China-ASEAN. Naib Ketua Bahagian Pengurusan Pengimportan Jabatan Pentadbiran Am Penerangan, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen China, Zhang Zehui menyatakan bahawa pihaknya mencadangkan agar meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN dalam bidang penterjemahan, penerbitan dan pameran buku.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China