Cari:
China Harap ASEAN Sediakan Kemudahan kepada Pelancong China
2015-05-30 15:14:27 CRI Cetak

China adalah negara jiran baik bagi Brunei Darussalam dan Laos, China bersedia meningkatkan pertukaran dan kerjasama pelancongan dengan negara-negara ASEAN termasuk kedua-dua negara tersebut dan juga berharap negara ASEAN dapat menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelancong China.

Demikian dikatakan Ketua Jabatan Pelancongan Negara(NTA) China, Li Jinzao semalam ketika ditemui delegasi Brunei yang diketuai Menteri Industri dan Sumber Asas Brunei, Awang Haji Yahya dan delegasi Laos yang diketuai Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos yang menyertai pameran pelancongan Ekspo China-ASEAN di Guilin Guangxi semalam.

Li Jinzao menyatakan bahawa kerjasama pelancongan antaran China dengan negara-negara ASEAN amat penting dalam hubungan China-ASEAN. Beliau berharap negara-negara ASEAN memudahkan prosedur pemberian visa kepada pelancong China serta menyediakan tanda bahasa Mandarin di destinasi pelancongan, hotel, stesen bas dan dermaga bagi memudahkan kunjungan pelancong China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China