Cari:
Dialog Shangri-La Bincang Antikeganasan
2015-05-31 14:07:01 CRI Cetak

Ancaman dari kumpulan pengganas Negara Islam (IS) kepada dunia adalah antara topik perbincangan yang hangat pada Dialog Shangri-La Ke-14 yang berlangsung di Hotel Shangri-La di Singapura, 30 Mei lalu.

Para hadirin lebih menfokuskan kepada tindakan memperkasakan kerjasama demi menangani kegiatan pengganas.

Ahli penyelidik dari Universiti Pertahanan China, Lu Yin ketika berucap pada forum itu menyatakan, keganasan terus berleluasa dengan memperluas ideologi dan aktiviti mereka di serata pelosok dunia. Keadaan ini menyusahkan tindakan antikeganasan yang dipergiatkan oleh masyarakat antarabangsa.

Lu berkata, China pula menghadapi ancaman keganasan global. Oleh yang demikian, negara itu bersedia menggembleng tenaga masyarakat antarabangsa demi membendung dan memusnahkan kumpulan pengganas berasaskan prinsip saling menghormati dan sama rata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China