Cari:
Musang King Popular di China
2015-05-31 14:52:30 CRI Cetak

Durian jenis Musang King dari Malaysia mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat China sehingga pernah memenangi Anugerah Pertanian 10 Terbaik oleh stesen televisyen China, CCTV, pada tahun 2013.

Pemenang anugerah itu, Sean Lee, yang berasal dari Kuantan, Pahang, berkata, selepas memenangi anugerah berkenaan, durian Musang King Malaysia terus menjadi bualan hangat di China sehingga beliau berjaya memiliki sembilan kafe yang menjual manisan dan minuman menggunakan durian dari Malaysia di beberapa wilayah di China.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan kafe terbaru milik Sean yang dinamakan Mallove Dessert House di Vanke Mall, Shenzhen, selatan China semalam.

Kini rangkaian kafe Sean menyajikan lebih 20 jenis pemanis mulut dan minuman yang dihasilkan menggunakan durian Musang King, D24 dan durian kampung dari Malaysia.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, durian Malaysia mempunyai pasaran besar di China dan kementeriannya akan berusaha memastikan bekalan durian kepada usahawan produk berasaskan durian Malaysia di China tidak putus.

(sumber BERNAMA Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China