Cari:
Seorang Ditembak Mati Dekat Hotel Shangri-La Singapura
2015-05-31 15:10:04 CRI Cetak

Seorang lelaki ditembak mati dan dua lagi ditahan dalam satu kejadian berhampiran Hotel Shangri-La di Singapura pada jam 4.36 pagi tadi, sempena Dialog Shangri-La IISS Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-14 yang berlangsung di negara itu.

Pihak polis berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan berhenti di pusat pemeriksaan kenderaan di Ardmore Park. Apabila diminta membuka tempat menyimpan barang untuk diperiksa, pemandu kereta berkenaan tiba-tiba memecut ke arah Anderson Road. Walaupun polis memberi amaran supaya berhenti, pemandu itu merempuh sekatan polis dan membahayakan nyawa para pegawai bertugas. Maka, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta itu dan menyebabkannya berhenti di persimpangan Orange Grove Road dan Anderson Road.

Bahan dipercayai dadah ditemukan pada seorang daripada lelaki yang ditahan.

(sumber diubah suai daripada Berita Harian Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China