Cari:
China-Indonesia Mahu Perkasakan Kerjasama Tentera
2015-05-31 16:26:19 CRI Cetak

Kerjasama pragmatik antara angkatan tentera China dan Indonesia diharap dapat diperkasakan untuk menambah kandungan baharu ke dalam perkongsian strategik kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan Naib Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat(PLA) China, Jeneral Sun Jianguo ketika menemui Menteri Pertahanan Indonesia,Ryamizard Ryacudu dalam tempoh berlangsungnya Dialog Shangri-La (SLD) di Singapura hari ini.

Sun berkata, sejak terjalinnya hubungan diplomatik China-Indonesia pada 60 tahun lalu, rasa saling percaya kedua-dua pihak dalam bidang politik semakin rapat, manakala mekanisme dialog semakin sempurna, serta kerjasama dalam pelbagai bidang semakin diperluas. Hasil lawatan Presiden Joko Widodo ke China pada Mac lalu mengukuhkan perkongsian strategik kedua-dua negara.

Ryamizard dalam pertemuan itu menyuarakan sokongan Jakarta terhadap pendirian Beijing dalam isu Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China