Cari:
1MDB: Bayaran USD 1 Bilion daripada IPIC Bukan Pinjaman
2015-06-01 14:50:43 CRI Cetak

1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelaskan bayaran USD 1 bilion (RM 3.66 bilion) daripada International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi, yang diumumkan pada Jumaat lepas adalah transaksi perniagaan dan bukan satu pinjaman, hutang atau jaminan keluar.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda dalam satu kenyataan, Ahad lalu, berkata, terdapat sesetengah pihak yang mengatakan bayaran tersebut merupakan pinjaman atau melibatkan andaian hutang 1MDB. Hal ini sama sekali tidak berlaku. Transaksi tersebut adalah bayaran awal sebahagian daripada perjanjian untuk mengendalikan pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB secara menyeluruh.

Pada 29 Mei lalu, Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan, 1MDB memeterai perjanjian dengan IPIC dan unitnya, Aabar Investments (Aabar), melibatkan pembayaran sebanyak USD 1 bilion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China