Cari:
Malaysia Kaji Mansuh Visa untuk Pelancong China
2015-06-02 15:05:55 CRI Cetak

Kerajaan Malaysia sedang mengkaji kemungkinan memansuhkan visa kepada pelancong dari China dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari negara tersebut datang ke Malaysia.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan tersebut kepada mesyuarat Kabinet pada 15 Mei lepas.

Beliau berkata, cadangan tersebut bertujuan untuk mengubah kedudukan Malaysia supaya lebih kompetitif dalam industri pelancongan susulan tindakan Thailand dan Indonesia memansuhkan visa untuk pelancong dari China.

Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, menurut beliau, Malaysia hanya menerima kedatangan 350,000 pelancong dari China berbanding dengan Thailand yang menerima dua juta pelancong China. Beliau berharap agar cadangan tersebut dapat diputuskan dalam masa terdekat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China