Cari:
Mejar Jeneral Thai Terlibat Pemerdagangan Manusia Serah Diri
2015-06-03 14:28:36 CRI Cetak

Seorang pegawai kanan tentera berpangkat mejar jeneral yang didakwa menjalankan atau mendapat manfaat daripada aktiviti penyeludupan etnik Rohingya dan pendatang asing di selatan Thailand, menyerah diri kepada pihak berkuasa semalam.

Mejar Jeneral, Manas Khongpaen berkata, dia bersedia untuk didakwa dan dibicarakan.

Manas dituduh melakukan pelbagai kesalahan jenayah termasuk perhambaan manusia berumur bawah 15 tahun di beberapa buah lokasi seperti kanak-kanak berusia tujuh tahun di selatan Thailand, Bangladesh dan Myanmar antara November 2012 dan Mei tahun ini.

Waran tangkap dikeluarkan susulan penemuan bukti berkenaan.

Setakat ini, Manas merupakan anggota tentera paling kanan yang masih berkhidmat terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia itu.

(sumber Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China