Cari:
Produk Halal Malaysia Dipasarkan di Dua Rangkaian Pasar Raya China
2015-06-03 15:07:05 CRI Cetak

Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) menjangkakan sambutan yang memberangsangkan terhadap produk halal Malaysia di China menerusi kerjasama dengan dua pasar raya di negara itu.

PPIPBM akan mengeksport barangan halal buatan Malaysia menerusi Beijing Hualian Group Supermarket dan Lianhua Group yang masing-masing mempunyai 106 dan 6,000 pasar raya di seluruh China.

Bendahari Agung PPIPBM, Ramlan Abdul Majid berkata, melalui perjanjian yang ditandatangani bulan lepas, barangan keluaran tempatan akan dijual di rangkaian pasar raya tersebut yang mempunyai ramai populasi Islam.

Ramlan berkata, barangan yang akan dijual di rangkaian pasar raya tersebut adalah barangan yang berasaskan makanan dan minuman.

(sumber BERNAMA Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China