Cari:
Pencarian MH370 Tidak Diperluas Melainkan Ada Petunjuk Baharu
2015-06-04 14:45:34 CRI Cetak

Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 tidak akan diperluas di luar kawasan pencarian sedia ada, melainkan ada petunjuk khusus baharu.

Sebelum ini, Malaysia, Australia dan China mengumumkan zon pencarian akan digandakan. Hal tersebut menjadikan kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi oleh tiga buah kapal melibatkan keluasan 120,000 kilometer persegi.

Walau bagaimanapun, menurut Pusat Koordinasi Agensi Bersama Australia (JACC), pencarian pesawat yang hilang itu tidak akan diperluas lagi sehingga maklumat baharu yang boleh menjurus kepada penentuan lokasi pesawat tersebut ditemukan. Ketiga-tiga kerajaan bersetuju bahawa tiada lagi perluasan kawasan pencarian di laut berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China