Cari:
China Dapat Pujian Media Tangani Nahas "Bintang Timur"
2015-06-08 15:10:27 CRI Cetak

Selepas kapal "Bintang Timur" karam, China segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan efisien dan mendapat pujian daripada media antarabangsa.

Naib Ketua Pengarah Asia Daily Thailand, Qian Feng menyatakan, selepas kapal "Bintang Timur" karam, Presiden China, Xi Jinping telah mengeluarkan arahan dengan segera. Perdana Menteri Li Keqiang pula segera berkejar ke tempat kejadian untuk memantau dan mengetuai operasi mencari dan menyelamat. Kerajaan China memberikan respons yang begitu pantas dan ini mencerminkan peningkatan keupayaan China dalam menangani bencana.

Wartawan Agensi Berita Antara Indonesia, Wibowo menyatakan, kerajaan China bertindak dengan cepat selepas nahas berlaku, mempamerkan kemampuan yang tinggi untuk menangani sebarang bentuk kecemasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China