Cari:
Jumlah Pelancong ke Indonesia Meningkat
2015-06-09 13:45:01 CRI Cetak

Menteri Pelancongan Indonesia, Arief Yahya semalam di Jakarta berkata, jumlah pelancong asing ke negara tersebut mencatat 749,882 orang pada bulan April lalu, meningkat 3.24 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Angka ini adalah yang tertinggi dalam 10 tahun lalu.

Menurut beliau, kebanyakan pelancong asing dari Tanah Besar China, Hong Kong China, Jepun, India, Britain, Republik Korea, Perancis, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Antara jumlah pelancong tersebut, jumlah pelancong China menunjukkan peningkatan yang paling banyak.

Menurut beliau lagi, Indonesia akan membatalkan visa bermula pada bulan Julai ini bagi memudahkan lebih ramai pelancong asing melancong ke negara tersebut, khususnya pelancong China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China