Cari:
Yusuf Kalla Ditemui Delegasi China
2015-06-10 12:59:57 CRI Cetak

Indonesia dan China merupakan rakan strategik komprehensif dan Indonesia berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai dalam kerjasama pragmatik kedua-dua negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden Indonesia, Yusuf Kalla ketika ditemui delegasi Parti Komunis China yang diketuai oleh Naib Jabatan Hubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Guo Yezhou di Jakarta semalam.

Guo berkata, pihaknya bersedia untuk berganding bahu dengan pelbagai parti di Indonesia bagi melaksanakan persepakatan yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara demi menggalakkan kerjasama pragmatik antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China