Cari:
Pendaki Bogel Direman
2015-06-11 15:01:57 CRI Cetak

Polis Malaysia mengesahkan empat daripada 10 pendaki asing yang melakukan aksi lucah dan berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu, telah ditahan reman semalam.

Keempat-empat suspek ber­ke­naan termasuk dua warga Kanada, seorang warga Britain dan seorang warga Belanda.

Mereka ditahan kerana melakukan aksi lucah dan berbogel di tempat awam. Pertuduhan rasmi akan dikemukakan dalam masa terdekat. Jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan atau didenda atau kedua-duanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek pertama yang merupakan wanita warga Britain berusia 24 tahun ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin di Lapangan Terbang Tawau. Tiga lagi suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada pukul 6 petang hari yang sama dan mengakui mereka mengambil foto berbogel di atas puncak mendaki Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China