Cari:
Pesawat MAS Mendarat Cemas di Melbourne
2015-06-12 17:00:48 CRI Cetak

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH148 dari Melbourne ke Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Melbourne, Australia selepas dipercayai mengalami masalah enjin.

Laman web pemantau pesawat FlightRadar melaporkan kemungkinan berlaku kebakaran pada bahagian enjin pesawat tersebut dan unit kecemasan di lapangan terbang dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 2.20 petang (waktu tempatan).

MAS dalam Twitter miliknya mengesahkan mengenai kejadian tersebut, bagaimanapun menyatakan pemeriksaan awal ke atas pesawat mendapati tiada kesan kejadian kebakaran di bahagian luar pesawat.

Pesawat Airbus 330 yang membawa 300 penumpang itu berlepas dari lapangan terbang pada pukul 2 petang dan kemudiannya terpaksa membuat pusingan beberapa kali di udara untuk membuat pelepasan minyak sebelum kembali mendarat dengan selamat.

(sumber dari Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China