Cari:
Kadar Kematian Akibat Denggi Menurun di Kemboja
2015-06-12 11:40:36 CRI Cetak

Menurut pegawai Kementerian Kesihatan Kemboja semalam, sebanyak 957 kes demam denggi dikesan di Kemboja dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini yang meningkat 63% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, namun hanya satu kes kematian.

Menurut kenyataan Pusat Pencegahan dan Rawatan Penyakit Malaria dan Parasit Negara Kemboja, kadar jangkitan demam denggi di negara itu adalah 5.9 per seratus ribu, 56% antara jumlah pesakit merupakan kanak-kanak yang berusia lima hingga 14 tahun. Jumlah kes demam denggi meningkat, manakala hanya satu kes kematian, ini kerana tahap perubatan meningkat di hospital awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China