Cari:
China Alu-alukan Gencatan Senjata Sepihak MNDAA Myanmar
2015-06-13 15:54:52 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China Hong Lei menyatakan semalam, China telah mengambil perhatian terhadap laporan mengenai gencatan senjata sepihak yang diumumkan oleh Jawatankuasa Ketenteraan Perikatan Tentera Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) dan menyatakan alu-aluan terhadap keputusan tersebut. China berharap kedua-dua pihak bersikap sabar, meredakan situasi konflik dan memulihkan keamanan dan ketenteraman di sempadan China-Myanmar.

Menurut Hong, China berpendirian jelas dalam isu kawasan utara Myanmar. China menyokong pelbagai pihak Myanmar menyelesaikan perselisihan melalui rundingan, mewujudkan kedamaian dan permuafakatan bangsa dengan secepat mungkin dan bersama-sama memelihara kestabilan sempadan China-Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China