Cari:
Rohingya Diharam Meninggalkan Myanmar
2015-06-14 17:21:16 CRI Cetak

Kerajaan Myanmar mengharamkan etnik Islam Rohingya keluar dari negaranya ketika krisis penyeludupan manusia membelenggu di rantau Asia, namun pada masa sama tidak akan mengiktiraf mereka sebagai rakyat Myanmar.

Akhbar New York Time memetik kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay sebagai berkata, kerajaannya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengubah polisi Myanmar yang menafikan etnik Rohingya sebagai penduduk negara ini.

Selepas menerima tekanan antarabangsa untuk memerangi sindiket pemerdagangan manusia, U Zaw berkata, kerajaannya sanggup bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu bagi memantau pergerakan bot-bot di kawasan perairan Myanmar.

----Sumber dari Utusan Malaysia

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China