Cari:
Kapal Tangki Malaysia Bawa 22 Anak Kapal Hilang
2015-06-14 17:23:22 CRI Cetak

Sebuah kapal dagang Malaysia yang membawa 22 anak kapal dipercayai hilang berhampiran kawasan perairan Singapura di Laut China Selatan sejak kelmarin.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa muatan 5,879 tan metrik minyak petrol RON 95 dari Klang menuju ke Kuantan bersama 16 anak kapal tempatan termasuk lima warganegara Indonesia dan seorang warganegara Myanmar.

Berdasarkan laman web Marine Traffic kapal dagang terbabit terputus hubungan dengan syarikatnya kira-kira pukul 6.05 petang.

Timbalan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Ahmad Fuzi Ab. Kahar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, sebaik sahaja menerima laporan, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan bagi mencari kesemua anak kapal tersebut.

Beliau berkata, kedudukan kapal terakhir adalah di 30 batu nautika dari timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada pukul 8.50 malam kelmarin.

Ahmad Fuzi memberitahu, pi­haknya telah memaklumkan agensi penguat kuasa negara jiran termasuk Singapura dan Indonesia tentang kejadian itu.

-----sumber dari Utusan Malaysia

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China